Pages

Wednesday, September 2, 2020

Barang keperluan bersalin (hospital bag)

Kali ni nak share barang-barang yang perlu di bawa ke hospital bila bersalin nanti. Sementara masih ingat ni, boleh lah share dekat sini. List ni kita split kan pada tiga bahagian:

1. Documents/Cash

2. Barang Baby

3. Barang Mommy


Documents/Cash

  1. IC isteri & suami*
  2. Buku pink
  3. Sijil Nikah*
  4. Cash untuk deposit bersalin nanti (boleh try google tengok hospital tu kena bayar deposit berapa)
  5. GL (untuk yang kerja gov atau suami kerja gov boleh la print siap-siap. Tak nak print pun tak apa)
Yang * tu boleh la prepare photocopy sekali. Macam kitorang masa buka buku pink nurse nak photocopy semua yang * tu and dia staple siap-siap dalam buku pink.


Barang Baby

Untuk barang baby, senang if kita packingkan dia siap-siap dalam transparent bag tu and label ikut hari. Senang nak cari and nak guna masa dekat hospital. Kalau nasib baik tak ada apa problem, insyaAllah esoknya dah boleh discharge. If ada problem and kena stay hospital, buat bag macam ni memudahkan sikit la.



Toiletries Bag (optional)

Toiletries bag ni optional sebab macam kitorang haritu, setiap pagi nurse akan ambil baby from mommies untuk diorang mandikan. Tapi kalau nak sediakan pun tak ada masalah. Beli yang travel size tu.

1. Sabun
2. Shampoo
3. Minyak rambut
4. Minyak telon
5. Baby wipes (wajib bawa. Bawa lebih pun bagus sebab banyak nak guna bila baby poo poo & pee pee. hehe)
6. Towel (wajib)


LR Bag

1. Baju baby sahaja (lengan panjang)
2. Mitten & booties
3. Bedung
4. Pampers - 2 pcs


Day 2 - 3

Basically untuk day 2 and 3 sama je barang dia. Mommies boleh pack barang-barang ni:

1. Baju lengan panjang & seluar panjang (takut baby sejuk dekat hospital nanti)
2. Mitten & booties
3. Bedung
4. Pampers - 2 pcs
5. Barut (optional sebab macam farah tak pakaikan masa tali pusat baby baru lagi)


Day 4/Balik

1. Baju lengan pendek & seluar panjang 
2. Mitten & booties
3. Bedung
4. Pampers - 2 pcs (memang letak lebih dekat semua bag)
5. Barut (optional)
6. Topi


Extra

Sejenis memang suka prepare lebih kalau nak travel. So boleh lah add one more bag ni. Bag ni tak ada barang banyak pun.

1. Bedung
2. Pampers

Pampers tu nak bawak lebih pun tak apa sebab if baby poo/pee memang kita akan tukar.


Barang Mommy

Toiletries Bag

1. Berus gigi
2. Ubat gigi
3. Pencuci muka
4. Sabun
5. Shampoo
6. Towel


LR Bag

1. Maternity pad
2. Disposable panties (dekat hospital senang guna yang ni)
3. Kain batik (masa nak pergi bilik saringan, nurse dekat bawah suruh bawak sehelai)


Balik

1. Baju blouse yang button depan
2. Kain batik / skirt labuh


Others

1. Breast pump 
2. Nursing Bra
3. Slipper
4. Socks (Boleh try beli compression socks. Masa kat ward OAC tu nurse tu suggest beli compression sock baik untuk pengaliran darah)
5. Disposable panties
6. Sweater
7. Maternity pad (masa dekat hospital suka pakai yang pants tu sebab senang tak gerak-gerak macam pakai disposal panties dengan pad. Tapi bila balik rumah nurse KK kata tak elok sebab takut ketat & jahitan baru lagi. Boleh try tanya doctor/nurse dulu ok ke tak if nak pakai tu)
8. 3 in 1 (horlicks ke milo ke boleh bawa)
9. Thermos
10. Mug
11. Power bank / usb charger (dekat HSA tak boleh charge phone dekat plug dia. Bahaya. So prepare la satu power bank fully charge siap-siap. Kalau dah nak habis battery minta husband bawa baru) 
12. Telekung & Al-Quran/Yassin (If kena warded before bersalin boleh baca untuk tenangkan diri. Tengok app dekat phone pun boleh)

Untuk mommies baju tak perlu bawa banyak sebab kita akan pakai baju and kain from hospital. Masa balik je nanti kena tukar.


Bila dah siap pack nanti, explain dekat husband siap-siap. Mana bag yang kena bawak pergi LR. Mana yang nak tinggal dalam ward. Nanti nurse minta senang boleh bagi terus. Bag ni siap-siap letak dalam kereta in case of emergency.






No comments:

Post a Comment