Barang keperluan bersalin (hospital bag)

Wednesday, September 2, 2020

Kali ni nak share barang-barang yang perlu di bawa ke hospital bila bersalin nanti. Sementara masih ingat ni, boleh lah share dekat sini. List ni kita split kan pada tiga bahagian:

1. Documents/Cash

2. Barang Baby

3. Barang Mommy


Documents/Cash

  1. IC isteri & suami*
  2. Buku pink
  3. Sijil Nikah*
  4. Cash untuk deposit bersalin nanti (boleh try google tengok hospital tu kena bayar deposit berapa)
  5. GL (untuk yang kerja gov atau suami kerja gov boleh la print siap-siap. Tak nak print pun tak apa)
Yang * tu boleh la prepare photocopy sekali. Macam kitorang masa buka buku pink nurse nak photocopy semua yang * tu and dia staple siap-siap dalam buku pink.


Barang Baby

Untuk barang baby, senang if kita packingkan dia siap-siap dalam transparent bag tu and label ikut hari. Senang nak cari and nak guna masa dekat hospital. Kalau nasib baik tak ada apa problem, insyaAllah esoknya dah boleh discharge. If ada problem and kena stay hospital, buat bag macam ni memudahkan sikit la.



Toiletries Bag (optional)

Toiletries bag ni optional sebab macam kitorang haritu, setiap pagi nurse akan ambil baby from mommies untuk diorang mandikan. Tapi kalau nak sediakan pun tak ada masalah. Beli yang travel size tu.

1. Sabun
2. Shampoo
3. Minyak rambut
4. Minyak telon
5. Baby wipes (wajib bawa. Bawa lebih pun bagus sebab banyak nak guna bila baby poo poo & pee pee. hehe)
6. Towel (wajib)


LR Bag

1. Baju baby sahaja (lengan panjang)
2. Mitten & booties
3. Bedung
4. Pampers - 2 pcs


Day 2 - 3

Basically untuk day 2 and 3 sama je barang dia. Mommies boleh pack barang-barang ni:

1. Baju lengan panjang & seluar panjang (takut baby sejuk dekat hospital nanti)
2. Mitten & booties
3. Bedung
4. Pampers - 2 pcs
5. Barut (optional sebab macam farah tak pakaikan masa tali pusat baby baru lagi)


Day 4/Balik

1. Baju lengan pendek & seluar panjang 
2. Mitten & booties
3. Bedung
4. Pampers - 2 pcs (memang letak lebih dekat semua bag)
5. Barut (optional)
6. Topi


Extra

Sejenis memang suka prepare lebih kalau nak travel. So boleh lah add one more bag ni. Bag ni tak ada barang banyak pun.

1. Bedung
2. Pampers

Pampers tu nak bawak lebih pun tak apa sebab if baby poo/pee memang kita akan tukar.


Barang Mommy

Toiletries Bag

1. Berus gigi
2. Ubat gigi
3. Pencuci muka
4. Sabun
5. Shampoo
6. Towel


LR Bag

1. Maternity pad
2. Disposable panties (dekat hospital senang guna yang ni)
3. Kain batik (masa nak pergi bilik saringan, nurse dekat bawah suruh bawak sehelai)


Balik

1. Baju blouse yang button depan
2. Kain batik / skirt labuh


Others

1. Breast pump 
2. Nursing Bra
3. Slipper
4. Socks (Boleh try beli compression socks. Masa kat ward OAC tu nurse tu suggest beli compression sock baik untuk pengaliran darah)
5. Disposable panties
6. Sweater
7. Maternity pad (masa dekat hospital suka pakai yang pants tu sebab senang tak gerak-gerak macam pakai disposal panties dengan pad. Tapi bila balik rumah nurse KK kata tak elok sebab takut ketat & jahitan baru lagi. Boleh try tanya doctor/nurse dulu ok ke tak if nak pakai tu)
8. 3 in 1 (horlicks ke milo ke boleh bawa)
9. Thermos
10. Mug
11. Power bank / usb charger (dekat HSA tak boleh charge phone dekat plug dia. Bahaya. So prepare la satu power bank fully charge siap-siap. Kalau dah nak habis battery minta husband bawa baru) 
12. Telekung & Al-Quran/Yassin (If kena warded before bersalin boleh baca untuk tenangkan diri. Tengok app dekat phone pun boleh)

Untuk mommies baju tak perlu bawa banyak sebab kita akan pakai baju and kain from hospital. Masa balik je nanti kena tukar.


Bila dah siap pack nanti, explain dekat husband siap-siap. Mana bag yang kena bawak pergi LR. Mana yang nak tinggal dalam ward. Nanti nurse minta senang boleh bagi terus. Bag ni siap-siap letak dalam kereta in case of emergency.






Read More

Checklist barang baby & mommy

Ok, dekat bawah ni ada check list barang baby & mommy yang korang boleh follow untuk beli. Depends lah pada kita nak beli semua ke tak. Macam minyak telon tu sekarang ada banyak jenama. Selalu dengar minyak yu yee je. Haritu saja try beli lain. Beli Mestika dengan minyak BeBe Anugerah. Minyak anugerah bau wangi sikit. Minyak mestika bau macam normal minyak angin. tapi both best.


Btw, korang boleh try install app The Asian Parent. Dulu masa pregnant memang guna app ni. Dalam tu korang boleh discuss and tanya soalan or share pengalaman dengan user lain. Banyak tips-tips pun aku dapat dari situ. Lepas bersalin ni pun still ada app tu untuk track baby development. Korang boleh click link ni untuk download : The Asian Parent 


For those yang nak check list ni in PDF copy boleh click sini.

Read More

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Hi semua,

Entry kali ni aku nak cerita pasal pengalaman bersalin anak sulung di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. First time mother kan, berapa banyak aku google before bersalin. Boleh dikatakan almost every day dok google apa tanda-tanda nak bersalin, ward hospital tu macam mana, husband boleh teman tak dalam LR (sadly during PKP because of corona outbreak ni, HSA tak bagi husband teman), nak kena bawak apa je pergi hospital dll. So here we go. Cerita dekat sini supaya jadi kenangan 10-20 tahun akan datang. InsyaAllah. Bare with me sebab entry kali ni agak panjang. Hehe.

Estimated due date doctor bagi 25/06/2020 tapi baby kitorang nak keluar awal sikit. Percayalah, even awal berapa hari je tetap tak ready nak bersalin sebab dalam otak bersalin masa 25/06 tu. Btw, aku GDM on diet, nak tak nak paling lewat doctor kata 25/6/2020 dah kena bersalin.

23 June 2020 (Selasa)

(5.30 - 6.00 pagi)

Terjaga sebab sakit perut macam nak buang air besar tu. So, bangun macam biasa then tidur balik. Time ni tak fikir tu contraction ke apa sebab pergi toilet memang menbuang. Hehe.

(6.30 - 7.00 pagi)

Start lepas subuh tu tak boleh tidur dah. Azri bangun-bangun tengok wife dia dok pegang phone, ingat tak tidur dari semalam. Cakap kat dia sakit perut memulas-mulas tapi bareable lagi. Lepas subuh tu dia ada buat air yassin may be sebab tengok wife dia dah start bersandar kat dinding bila diri tu. Btw, dia kerja hari selasa tu, plan nak ambil cuti sehari before due aku. Aku pun cakap kat dia tak pe pergi je kerja even dalam hati risau lah jugak kalau tu sebenarnya contractions)

(7.30 - 10.00 pagi)

Install app contractions counter sebab agak-agak yang tu may be contraction. Siap whatsapp kawan-kawan yang dah ada anak tanya sakit contraction tu macam mana. Time ni rasa sakit perut dah start 5-6 min sekali tapi dalam 45sec-50sec je. Rasa sakit tu dekat bawah perut sampai ke tulang belakang rasa sakit dia. Time ni masih sempat layan running man atas katil sebab tak nak rasa sakit sangat. hahah. Pukul 9.15 mesej mama cakap sakit perut. Terus mama call suruh panggil Azri balik bawak gi klinik. Anak dia macam biasa lah in denial lagi yang tu sakit contraction, macam nak tunggu dulu tengah hari baru call Azri. Tapi tak lama lepastu sakit dia macam tak tahan dah, terus call Azri suruh balik bawak gi klinik.

(11.00 pagi)

Pergi klinik Annayla pasir gudang dulu check jalan. Tak nak terus pergi hospital sebab tak nak duduk sakit sorang-sorang. Hehe. PKP kan tak boleh ada pelawat semua. Doc kata jalan baru buka tak sampai 2cm. Dia kata boleh balik rumah dulu, petang or malam boleh pergi hospital tapi if sakit sangat dia suruh terus pergi hospital.

(12.30 tengah hari - 3.00 petang)

Time ni nak makan pun dah tak lalu. Sepanjang dalam kereta nak balik JB, duduk tak kena baring tak kena. Makan nasi pun sikit je sebab sakit dia tu sampai nangis-nangis cakap dekat Azri sakit..sakit.. Hehehe. Time tu mama cakap mama datang JB lepas abah balik. Tapi dalam pukul 2 macam tu dah start sakit yang tak tau lah nak gambar kan macam mana. Sakit yang lagi kuat. Mama kata nak ambil grab ke JB. So plan lepas mama sampai baru nak gi hospital.

(3.30 - 5.00 petang)

Gerak pergi HSA. Sampai sana terus naik wheelchair nurse dekat bawah terus hantar pergi bilik saringan. Dengan handphone semua tak bawak. Just bawak kain batik satu je tu pun nurse suruh. Dekat atas tu sakit makin kuat. Check CTG kalau tak silap, bacaan macam tak berapa cantik, contraction makin kuat. Nurse tanya ada minum air selusuh ke yassin ke. Cakap kat nurse air selusuh tak ada, air yassin ada husband baru buat pagi tadi minum sikit je. Kena bebel sikit la sebab nurse cakap mesti husband awak ada baca sebut nama awak. Time tu diam jela sebab dah sakit sangat kan. Mula-mula lepas check CTG and tukar kain batik tu kena tunggu dekat luar depan kaunter dulu. Time tu duduk memang dah senget-senget. Dengan sakit nya lagi sampai nurse kat kaunter suruh masuk dalam balik agaknya tengok macam orang nak terberanak dah kot. 

Kat dalam check jalan lagi, CTG lagi. Bukaan time tu tak sampai 5cm pun lagi. Then sampai lah doktor check then dia kata okay, dah boleh pecah ketuban. Time tu macam eh, nak kena bersalin dah ke ni. Masa pecahkan tu dia masuk alat something tu tak rasa apa tapi lepas pecah je air ketuban contractions dia tu sakit sangat sangat sangat sangat. Nurse bawak keluar pakai wheelchair get ready nak masuk LR. Nurse suruh call husband panggil ambil baju yang pakai tadi and sediakan barang pampers semua nak bawak masuk LR.

Sementara tunggu Azri tu ada patient covid nak lalu pula, so jalan kena tutup dulu. Nurse bawak masuk belakang kaunter dulu. Siap cakap "awak jangan teran lagi tau kalau tak saya kena hantar awak pergi LR nanti tak sempat jumpa husband awak". Time tu sempat cakap, tak teran, tahan lagi ni. Duduk lah kat situ sambil kepit-kepit takut terberanak and nak sangat jumpa Azri dulu sebab masa hantar tadi tak sempat nak minta maaf. Hahaha. 

Nurse kat situ even dia macam garang tapi baik sangat. Siap bagi pinjam phone nak call husband sebab tak bawak phone time tu. Sementara menunggu dia siap ajak berbual tanya nanti nak anak panggil apa tapi sorry sangat-sangat time tu memang tak larat nak cakap apa sebab sakit dia nauzubillah. Huhuhu.

(5.00 petang)

Tolak masuk LR, besar juga lah dalam tu. Selesa, Alhamdulillah. Masuk tu ada sorang doctor pakar, 2 org HO rasanya and sorang nurse. Time ni dah check semua and dah boleh push, tapi memang lupa lah apa yang di baca pasal semua teknik pernafasan, macam mana nak relax, macam mana nak push. Memang chaos gila rasa time tu. Hahaha. Kena marah sebab teran pejam mata padahal sebelum tu dah baca dah bahaya if buat macam tu. Tapi dah sakit sangat memang tak fikir apa dah. Try push few times juga sampai lah tak larat and heart rate baby tak cantik, so kena vacuum. 

(7.29 malam - 12.00 tengah malam)

Alhamdulillah, tepat jam 7.29 malam, lahirlah baby perempuan seberat 2.9kg. Pengalaman pertama yang memang tak dapat dilupakan. Lepas baby keluar, doctor letak kat atas dada jap. Lepastu nurse ambil baby nak bersihkan. Lepas dah keluarkan uri semua, tibalah masa kena jahit. Ramai orang tanya sakit tak kena jahit, kena gunting. Bagi aku sakit tu tak sesakit contractions yang aku rasa. Masa tengah jahit sempat lah berbual dengan doctor, tanya banyak ke kena jahit. Doctor tu siap minta maaf sebab marah tadi. Hehehe. Padahal tak ada apa pun bagi aku, sebab dia bagi arahan macam mana nak push semua kan. Terharu dapat doktor-doktor and nurse baik-baik ni.

Lepas dah siap jahit semua, nak kena masukkan drip ubat tu vein collapse lah pulak, HO try cari semua tak boleh. Lama jugalah try, kesian diorang. Time tu dah start rasa macam letih sangat-sangat. Sampailah tak larat sangat aku minta panggilkan doctor. Time doctor masuk, memang macam nak pengsan sangat. Kalini heart rate aku pula tak berapa cantik. Ada doctor from ICU kalau tak silap dia turun juga, dari dia sampai, dia try berbual tanya itu ini may be tak nak bagi aku pengsan ke apa kan. Time ni memang aku try lawan untuk stay awake sebab takut kalau terpejam mata selama-lamanya. Memang dalam hati tu doa banyak-banyak minta Allah panjangkan nyawa, bagi peluang aku jumpa suami, dapat jaga sama-sama anak kitorang. 

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan nyawa. Terima kasih dekat semua doctor pakar ke, HO ke, nurse ke semua yang bertungkus lumus time tu. Time tu memang rasa macam dalam k-drama dekat scene dalam emergency room rasa. Ramai betul doctor. LR yang tadi rasa lapang pun macam penuh. Macam-macam equipment di bawa masuk. Diorang cari vein nak masukkan ubat i think, last-last dapat dekat leher. Masa nak cucuk tu doctor siap minta maaf if sakit. Rasa terharu sangat sebab baik-baiknya layanan diorang ni. Lepas dah masuk ubat and masukkan darah 1 pint kalau tak silap, diorang bagi masa tunggu macam stabil sikit. Time tu memang dah kena pakai oxygen tapi bukan yang mask macam kat tv tu lah, ni yang selit kat lubang hidung tu. Hahaha.Nurse pun pass handphone kat aku bila ok sikit, dia kata mana tau nak mesej suami ke. Risau juga if Azri risau sebab since kena tolak ke LR memang tak ada bagi tau dia apa-apa lagi.

(12.13 tengah malam - 1.00 pagi)

Tepat 12.13 tengah malam, mesej Azri. Gigih la try type message dengan jari bengkak-bengka tu. Berbual kejap kat whatsapp sementara nak tunggu doctor datang ceheck lagi sekali before hantar masuk ward. Malam tu baby kena tidur kat tempat baby dulu sebab nak check if ada diabetes if tak silap. Lepas doctor masuk check, boleh dapat masuk ward. Malam tu kena warded dekat ward OAC dulu sebab diorang nak monitor. Alhamdulillah dapat jumpa Azri sekejap masa dia hantar barang. Tidur malam tu memang kena monitor. Setiap berapa jam, ada machine yang auto check BP tu akan check. Sebab rasa benda kat tangan yang diorang pakai tu gerak kan. Hehe. First night masa nak tidur tu memang takut, masih takut kalau tidur tak bangun-bangun nanti. Huhu. And macam terjaga sebab masih teringat countless of kena seluk. Huhu.

Alhamdulillah, dapat berehat and tidur malam tu.

24 June 2020 (Rabu)

(6.00 pagi)

Nurse kejut untuk bangun, bersihkan diri, letak ubat kuning semua. Masa bangun nak jalan tu nurse memang pimpin sebab rasa pening sikit and gigil sikit.

(7.50 pagi)

Nurse bawak masuk baby. Alhamdulillah, dapat jumpa cahaya mata pertama aku. Nurse bagi susukan and lepastu bagi baby kat kita. Alhamdulillah, pagi tu dah stabil sikit and dapat pindah ward biasa kat atas. 

(2.00 petang)

Dah boleh pindah ward biasa kat atas. Alhamdulillah, dapat jumpa Azri lagi sekali masa nak pindah and bawak barang tu. Lepas-lepastu tak dapat jumpa dah. Sebab barang semua kalau nak pass kan, dia kena hantar dekat polis bantuan dekat bawah, and diorang akan bawak naik.

24 June 2020 (Rabu) - 26 June 2020 (Jumaat)

Bermulalah kehidupan seorang farah dengan anaknya berdua. Hehehe. Memang time tu belajar sendiri kena buat sendiri sebab tak ada family members dapat teman kan. Time tu lah belajar pegang baby sebab sebelum ni memang tak berani nak pegang baby orang lagi-lagi yang baru lahir. 

Alhamdulillah. Sepanjang dekat hospital, semua staff memang sangat membantu. Dari hari start masuk sampailah boleh discharge. Happy betul masa doctor kata boleh keluar hari ni sebab dah rindu sangat dekat family. Hehehehe. Reason kena warded lama sebab masa bersalin tu ada hypovolaemia & underestimated blood loss.


So, inilah pengalaman aku bersalin anak first. Sorry lah panjang sangat. Tulis dekat sini, so bila-bila boleh baca balik. Hehehe. Nanti Kasih dah besar boleh la dia baca pengalaman mommy dia lahirkan dia. Hehe.

Gambar Azri ambil masa dalam ward. Ada je aku kat cermin tu. Dapatlah tengok husband dari jauh. Hehe


Azri hantar gambar anak bulus lagi dua dekat rumah mak mertua. Haha.


Read More