Pages

Tuesday, May 1, 2012

kata-kata dari UAI

www.tips-fb.com

As Salam and hye ..

hari tade ape nk cite , just nak share words from Ustaz Azhar Idrus .

credit to @ustazharidrus twitter .

Wanita yg solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yg soleh. Sbb apa? Sbb wanita yg solehah sukar ditemui
Semua dosa yg tlh diampunkn Allah tak lagi dihisab diakhirat nnti. Utk dapatkn keampunn Allah brtaubatlh byk-byk 
Suami yang terbaik adalah suami yang memaafkan segala dosa dari isterinya setiap hari sebelum tidur. Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur .
Tiga orang manusia dalam dunia ini yang tiada bapa adalah Nabi Adam, Siti Hawa dan Nabi Isa
Sunat buang air kecil dalam keadaan duduk. Oleh itu siapa yang kencing berdiri, perbuatannya makruh tapi tak berdosa.
"Assalamualaikum. Hai cik adik leh kenal? Tak jawab dosa tau!" Makruh jawab salam ini sebab boleh membawa kepada fitnah.
Letak nama anak pada hari ke-7 adalah sunat manakala sebelum atau selepas hari ke-7 adalah harus.
Carilah harta sebanyak mana pun tapi jangan jual agama. Sampai masa solat kita solat, jangan kejar dunia semata-mata.
Tiga perkara yang tidak boleh dianggap sebagai gurauan adalah nikah, rujuk dan cerai
Sayangi isteri kamu walau seburuk mana pun perangai mereka. Mereka anugerah yang tak ternilai bagi insan yang bernama suami.
Kena ingat bila menjadi suami atau isteri, kedua-duanya ada tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti.
Semua perempuan adalah sama cantik, namun yang paling cantik di antara mereka ialah yang paling baik iman dan akhlaknya.
Malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali sehari.
Main daun terup walaupun tak judi ianya tetap haram sebab ia adalah alat utk berjudi dan benda yg dilaknat.
Cinta yang terindah ialah cinta yang mekar selepas diijabkabul.
Isteri bila pergi shopping kalau boleh dengan tauke kedai pun dia nak beli. Sebab tu suami kena selalu pimpin tangan isteri
Sehina-hina babi dia tak masuk neraka. Tapi orang yang tak solat confirm masuk neraka saqar.
Isteri yang solehah kalau kita tengok muka dia pun sudah menggembirakan hati kita.
Lelaki haram memakai subang, gelang dan rantai.
Doa tanpa usaha itu bohong. Usaha tanpa doa itu sombong.
Hidayah perlu dicari bukan ditunggu. Macam makanan, kalau tak suap ia tak masuk sendiri ke dalam mulut.
Doa ibu lebih mustajab berbanding doa ayah
Keempat-empat mazhab mengatakan haram sentuh al-quran tanpa wuduk.
Semua lelaki adalah sama kacak, namun yang paling kacak di antara mereka ialah yang paling baik iman dan akhlaknya.
Bila terasa diri itu terlebih baik dalam segala hal maka sebenarnya dia berada di atas jalan syaitan.
Aurat itu kemaluan. Org yang tak tutup aurat brmakna dia dah dedahkn kemaluannya. Jgn fikir kemaluan tu pundi kencing je.
Hukum mesej dengan bukan mahram harus bila benda mustahak, makruh bila benda lagha, haram bila timbul nafsu syahwat.
Haram jawab tak tutup aurat sbb tak sampai seru, sebab seruan dah ada dlm al-quran yg turun 1400 tahun dahulu.
Perempuan disunatkan menanam tuala wanita selepas digunakan. 
 Kata Imam Ghazali ada 4 jenis musuh yang menghalang manusia untuk terus kepada Allah iaitu dunia, manusia, syaitan dan nafsu.
Jangan terlalu sombong kecuali jenazah kita boleh bergolek masuk sendiri ke dalam lubang kubur.
Bayangkan bila suami kamu yang sah membuka tudung kamu dan melihat rambut itu buat kali pertama.
Suami wajib tanggung isteri dari A sampai Z. Fikir dulu sebelum jadi suami.
Bimbinglh isterimu dgn penuh kasih sayang, didiklh mereka mnjadi wanita solehah krn mereka bakal mnjadi kekasih syurgamu.
Manusia yang seharusnya paling kita rindui dalam dunia ini ialah Nabi Muhammad SAW.
Perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga.
Layang-layang naik ke udara kerana menentang angin bukan kerana mengikut arah angin.
Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan ketika dalam kandungan ibu.
Wanita kelemahannya pada aurat. Lelaki kelemahannya pada syahwat.
Lebih baik bersedih keseorangan daripada bersedih kerana seseorang.
Anak perempuan kita adalah amanah bagi kita. Jangan sesekali kita restu mereka berkahwin dengan lelaki yang tidak solat.
Seorang anak gadis yang sayangkan ayahnya pasti akan menutup aurat kerana dia tidak mahu ayahnya diseret ke dalam neraka.
Perempuan tak boleh tinggal berseorangan. Bila kecil dia dibawah jagaan ayahnya. Bila dewasa dia dibawah jagaan suaminya. 
Lelaki soleh boleh bimbing perempuan tak soleh. Perempuan solehah belum tentu boleh bimbing lelaki tak soleh.
Indahnya wanita terletak pada akhlaknya. Bijaknya lelaki terletak pada akalnya.
Jangan pikat seseorang wanita jika anda tidak bersedia untuk menyintainya.
Kecantikkan tidak menjamin kebahagiaan, cuma sekadar sedap mata memandang sahaja
Memakai tudung dengan berfesyen adalah lebih baik daripada tidak bertudung langsung.
Wanita yang melayani ramai lelaki tidakk sesuai dijadikan isteri.


ok lah . sampai sini dulu ye . As Salam .

*when talks about aurat , my tears falling .. 

0 comments:

Copyright © [faraheartbeat.blogspot.com] [2011]. All rights reserved. Powered by Blogger.